Saturday 7 May 2016

JALAN PULANG .........

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera









heyy , dah lama aku tak update , biasalah student , paham paham jelah kan busy mengalahkan perdana menteri mcm mana , caption kali ni macam menarik sikit , so aku rasa benda ni aku patut share dengan orang yang baca blog aku yang tak berapa nak setia (aku tau korang selalu blog walking kat blog orang lain kan ?) hahhaa , nevermind laa , aku tak kesah pon , so mcm biasa laa kan . aku start okeii ?


sejak aku dah masuk ke tahun baru , umur baru dan semuanya baru , aku rasa mcm makin ada takk kena even aku dah pun miliki segalanya , sumpah , still tak cukup , kata org maybe mcm tamak camtu , tapi tah laa , bagi aku kosong even semuanya ada kat depan mata , lepastu dugaan lepas satu satu datang , tak berenti , non stop , sampaikan en bawang terkena tempiasnya , tapi dea tetap kental berdiri sebelah aku , bergaduh mcmmana pun , tetap untuh berdiri kat sebelah , ( terima kasih miy ! ) dengan mak aku lagilah , aku bergaduh tak berhenti sampaikan mak aku merajuk dengan aku lebih dari 2 minggu , bila call cakap macam nak tanak , rasa terbuang gila , tu tak ditambah lagi dengan adam decide tanak bayar lagi hutang aku masa tolong dea settlekan kes ke "dalam" . dan ditambah secukup rasa bila aku dpt tau bestfriend aku contact dengan adam , berganda aku dpt sempena hadiah besday aku tahun ni pakej dengan tangan en bawang patah masa main bola tempoh hari masa riadah , masa tu aku betul betul terduduk sampaikan aku taknak bangun lagi dah , serik nak bangun , takut semuanya ada .

dalam hati aku nekad ...

aku tanak bangun dah ..

biar aku duduk dan jangan bantu aku untuk bangun .......

satu hari tu , aku duduk diam diam , kenang balik apa yang jadi dekat diri aku , berganda ganda dugaan datang , apa aku buat bila aku serabut ? dengar lagu kuat kuat yang taktau apa butir yang di maksudkan dengan lirik dea ? hayun kepala kesana kesini sampai pening ? endingnya ? aku masih lagi serabut .. tidur tak bangun bangun ? sama jugak bila aku celik mata . benda tu aku pikir jugak . aku give up dengan life aku , give up sangat sangat . aku taktau apa aku nak buat . aku tak tau nak pikir yang mana satu , semuanya aku tak nampak jalan penyelesaian . BUNTU . jalan mati semuanyaa . takde langsung jalan yang boleh tolong aku keluar . en bawang pon sampai penat nak tenangkan aku , setiap kali call , serabut , serabut , serabut , meniti dibibir setiap perbualan , dan dushh . serabut laa aku dapat .

dan sampailah satu masa tu , aku dengar azan , sayu jee hati aku masa tu , taktau kenapa masa tu airmata aku selamber jee tanpa beri salam untuk jatuh cecah ke bantal , sayu bhai , deep gila aku dengar . setiap sebutan , setiap alunan , mcm dengar org baca Al-Quran pon ada , tiba tiba je aku rasa mcm tu . masa tu la aku baru teringat , kenapa aku rasa kosong ? kenapa dugaan bertubi tubi datang bidas aku ? kenapa hubungan aku dengan mak aku makin jauh ? kenapa kenapa dan kenapa ?

sebab aku tak jaga hubungan aku dengan Pencipta , sebab aku lupakan Dia , aku abaikan setiap panggilan Dia , sebab aku dah lari jauh dari jalan Dia , sedangkan Dia , tak pernah sekali pun penat untuk panggil aku setiap hari , tak pernah jemu bagi aku ujian dan dugaan , supaya apa ? supaya aku balik . balik untuk hadap Dia . Yang Satu . masa tu laa baru aku sedar . Dia rindu aku , rindu nak dengar semua isi hati aku , rindu nak dengar aku merayu , rindu nak dengar aku merintih , Allah , sayunya masa tu , taktau nak gambarkan mcm mana . tak boleh nak cerita rasanya mcm mana , terus aku tak buang masa , terus berlari pegi ambil wuduk , berlari mcm nak sesiap pegi dating , pakai telekung kemas kemas , bentang sejadah cantik cantik , angkat takbir , jatuh lagi airmata . rindu .. sangat sangat rindu .. lama rasanya aku tak jumpa Dia . lama ..... usai semua , aku basahkan bibir dengan pujian bagiNya , dan masa doa tu lahh aku mcm budak kecik , menangis tak ingat , rasa mcm persalah yang dah tau yang esok dea kena hukum gantung , mcm  tu la aku rasa masa aku hadap Dia . sebak , sesak , semuanya bercampur .. Allah . masa tu aku dah kuat sikit . sebab masa tu keyakinan aku dah ada sikit . walaupun sikit , cukup buat aku tenang .

bila sampai waktu azan , aku jadi exited , exited nak jumpa Dia , entahlah , rasa mcm aku nak pegi dating tapi rasa exited tu lebih dari rasa nak nak pegi dating tuu . rasa lagi bersungguh , aku cuba senyum , gelak gelak , tapi en bawang ni cepat je detect perangai aku . ( biasalah dan masak sangat kan ) masehhh miy masehhh !!

pelahan lahan , Dia bukakkan jalan untuk aku , Dia bantu en bawang pulih perlahan lahan , Dia permudahkan en bawang cari jalan keluar untuk cari duit nak bayarkan sijil CCNA aku , Dia permudahkan aku dgn madam pulihkan balik hubungan , dan Dia jugak yang permudahkan aku dgn en bawang settlekan semua hutang hutang , Allahu . masa tu pun aku menangis jugak , Dia bagi aku jalan keluar dengan mudah . senang jee Dia tolong aku , masa tu tahap bersyukur aku tak tau nak gambarkan mcm mana , Allah . lepas satu satu Dia turunkan untuk aku , lepas satu satu jugaklah Dia bantu aku . Alhamdulilah , takde apa lagi yang boleh tanding dengan kuasa Dia .

pasal adam pulak , aku tanak pikir dah , cukuplah selama aku kenal dea , aku banyak merana , cukuplah apa yang dea dah buat kat aku . aku halalkan apa yang pernah aku bagi kat dea . segala makan , pakai , semua aku halalkan , cuma aku mintak satu jea , kalau betul dea masih sayangkan aku mcm dulu , bayar laa balik duit tu , tu duit pinjaman aku , duit yang aku kena bayar masa aku keje nanti , aku sanggup pejam mata untuk tolong dea , takkanlah dea sanggup buat aku mcm ni , tapi kalau lah betul apa yang dea cakap kat bestfriend aku , yang dea tanak bayar sebab tu duit ganti rugi selama 2 tahun dengan aku , takpelah , aku tawakal je , bahagian aku dah lepas . moga moga kau dah ready dengan jawapan kau bila kau kat kubur kelak , Amin .

en bawang , terima kasih , walaupun awak pon serabut dengan masalah awak , tapi awak still tolong saya semampu awak , masih lagi buat perangai awak even kita sama sama serabut . masih lagi cuba buat saya tersenyum , terima kasih . saya hargai usaha awak . dan pasal benda yang kita borak tu , tu masih lagi terkesan kat hati saya , cuma satu je saya mintak , andai kata hubungan kita ni takde tujuan , sedarkan saya awal awal , supaya saya tak terus dibuai mimpi , supaya saya tak terus hanyut dengan perasaan ni . bohong sangat kalau saya cakap yang saya ni sikit pon tak simpan harapan . tapi mcm saya ckp , sedarkan say awal awal kalau harapan tu terlampau menggunung .

aku harap , perasaan aku tak berubah setiap kali aku menghadap Pencipta aku , biarkan rasa ni terus ada dalam diri aku .



LOVE
Z.

terima kasih sebab membaca ^_^

No comments:

Post a Comment